Massachusetts: Pelajar Harvard menganggap Amerika Syarikat (AS) sebagai ancaman lebih besar terhadap keamanan dunia berbanding kumpulan Negara Islam (IS), menurut kaji selidik dijalankan terhadap pelajar universiti terkemuka dunia itu.
Akhbar Campus Reform - yang dianggap pengasasnya sebagai kumpulan pemerhati kampus untuk pelajar konservatif - menemu ramah pelajar- di universiti Liga Ivy itu dengan menyoal:
“Siapa yang paling mengancam keamanan dunia, IS atau AS?”
Pelajar yang dirakam dalam video berkenaan rata-rata menganggap dasar campur tangan antarabangsa AS lebih berbahaya berbanding IS walaupun ramai tawanan Barat dipenggal kumpulan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut seorang pelajar: “Sikap imprealisme AS dan usahanya melindungi kepentingan sumber minyak di Asia Barat Tengah dilihat sebagai punca kepada ketidakstabilan di rantau terbabit seterusnya dianggap punca kumpulan seperti IS mampu menyebarkan pengaruhnya.”
SEORANG pelajar Havard menyatakan pendapatnya ketika diwawancara Bonham.
Perkara itu dipersetujui seorang lagi pelajar yang menganggap kebanyakan masalah dimulakan AS sendiri.
“Sebagai negara barat kita sendiri patut dipersalahkan kerana banyak masalah yang kita hadapi sekarang sebenarnya akibat perbuatan kita sendiri.
“Saya rasa tidak salah jika dikatakan bahawa kita sebenarnya yang mengakibatkan IS menjadi masalah,” katanya.
Temu ramah dikendalikan pengarang Campus Reform, Caleb Bonham yang juga kerap menjadi tetamu rangkaian berita Fox.
Dia bagaimanapun mengkritik pandangan dikemukakan pelajar terbabit, sebaliknya menganggap pendirian mereka sekadar membuktikan wujudnya aliran pemikiran ‘belasah Amerika.’
“Malangnya terlalu ramai pelajar menganggap perbuatan itu sebagai pemikiran secara intelektual.
“Disebabkan itu mereka sengaja memikirkan logik untuk mengesahkan pandangan mereka bahawa AS menjadi ancaman lebih besar berbanding pertubuhan militan yang melakukan pembunuhan, pengeboman dan memenggal penentangnya,” katanya Bonham.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11
Tips
- Tips Untuk Mulakan Bisnes Online di FB Profile 201...
- 7 TIPS BGIMANA “MENCUCI” KERETA BARU ANDA NI AKAN...
- Tips Untuk Elak Kereta Bahang Walaupun Parking Wak...
- TIPS CHECK BUNGA TAYAR (Syiling 20 sen)
- Petua Sembuh Sakit Tekak
- Tips pernafasan bayi yang berkahak
- Tarikh lahir dan usia tayar kereta anda Yang Perlu...
- Jangan Trade In Kereta Habis Bayar Selagi Anda Bel...
- RevenueHits Review: Buat Duit Oline Dengan Blog 20...
KISAH & KELUARGA
- KISAH & KELUARGA
- Niat Isteri Yang Curang Cuba Meminta Cerai Dari Su...
- Kaki Seorang Pekerja Ladang Dimamah Buaya Ketika M...
- manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam...
- Tebuk tembok Israel
- Dibogelkan secara paksa dan dipukul
- Tips pernafasan bayi yang berkahak
- SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI
- Ku Sangka Orang Gila
- PERISTIWA ANEH SEBUAH JENAZAH