Peluang jana PENDAPATAN LUMAYAN sama ada PASIF atau AKTIF !

Peluang jana PENDAPATAN LUMAYAN sama ada PASIF atau AKTIF !

Petua Sembuh Sakit Tekak

HILANGKAN SAKIT TEKAK DENGAN GARAM




ADA 3 CARA :
1.Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas.
Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.




2. Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.



3.Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.


Jika Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Atau
Ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.


Usaha dan tawakal. Insya Allah.