Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta dekat tempat tak
berbumbung dan waktu lunch hour je nak guna kereta pergi makan,
buka-buka je “Wow! Panasnya!” Sampaikan nak pegang steering pun tak
mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start
enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah
kereta sejuk sikit, betul tak?
Ada cara untuk nak skip kesemua bahagian ni. Korang tak perlu nak
susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit.
Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin
kereta yang diturunkan sedikit. Bahaya tau! Hanya perlu pulas butang
fungsi ini sahaja:
Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini
berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan
mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan
ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu.
Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak
terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan
mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta
untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak
curi kereta kan?
*Sumber: Tips Viral
Click Here!